Sunday, December 11, 2011

Rasa lemahnya diri,
rapuhnya jiwa,
hinanya diri di sisi Mu Ya Allah.
satu demi satu ujian,,
Ya Allah Ya Tuhanku,,
Kuatkan lah, Tabahkan lah 
hamba Mu ini.
Aku. Hanyalah seorang perempuan biasa yang punyai kelemahan.
Sehinggakan ada masanya sempat menitiskan airmata atas kelemahan yang ada pada aku.
Walhal airmata yang jatuh itu sepatutnya airmata keinsafan dan
bukanlah airmata yang sia-sia.
Air mata yang dapat memadamkan bara api neraka.
Namun aku lemah,
hilang segala tawa bila sedikit ujian Mu datang menguji.
Hanya airmata yang tak jemu2 menemaniku.

Aku yakin dan pasti Kau tidak akan memberi ujian pada mereka
yang tidak kuat untuk menerima ujian Mu itu..
Kan ku panjatkan syukur atas segala ujian yang telah Kau berikan
Kerana dengan ujian ini aku semakin kuat untuk mengharungi hari2 mendatang
Tabahkn lah mak aku juga untuk mengharungi segala rintangan,ujian
untuk mendidik, menjaga kami adk bradik.




Sabar,solat,sedia adalah 3 ungkapan penting dalam menghadapi apa jua.. :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...